Giveaway Shade Dough by Hanis Zalikha

Wednesday, November 09, 2016

Sempat lagi join klik banner! Creme Caramel pleaseee!!

Assalamualaikum gais! 

Random kindness:


Aku jarang buat baik, macam teragak agak bila nak tolong orang. Overthink. "Macam mana kalau aku sedekah duit ke acik ni, padahal duit ni aku boleh beli green tea big cup hm dah dua hari teringin" so i end up takpelah nanti ada lah orang lain tolong tu. Sebab tu lah kot dulu aku selalu rasa duit tak cukup, nak kongsi takut tak kenyang, nak bagi sedekah negtive minded hm sempurna je tubuh badan kenapa tak kerja. Kucing mai bawah meja meow meow mengada ngada angkat kaki geli la apa la.

Then one day, tengah lepak kat kedai mamak ada dua orang budak tahfiz *apa eh tak ingat* "Assalamualaikum akak, kami dari tahfiz , ni ada jual donut" aku usha la ada 3 biji donut dalam satu bekas. "Oh.. Berapa sebekas?" aku tanya. "Ikhlas akak nak bagi berapa" Ikhlas? Kalau ikhlas, bagi jelah seringgit. So dah terlanjur tanya, member pun macam usha aku nak beli ke tak. Then aku ambik sebekas donut, aku hulur lah bapak belagak rm10. Padahal dalam hati dem boleh makan nan cheese tu. Hm pastu mulalah aduh rm10 boleh makan kot untuk esok lusa pokai jugak lah dah last sem, balik tidur pun still kenapa lah syuhada donut 3 biji bagi sampai seploh hengget :(

Esoknya, "Gais, harini jangan beli makanan hokay mama i masak nasi tomato ayam masak merah nanti iolls balik kolej kita makan sesama" Aliya whatsapp. Alhamdulillah, jimat duit makan. Kaklong call, "bla bla bla.. ha okay lah nanti along call lagi btw along dah bank in duit alhamdulillah rezeki lebih sikit" 


فَبِأَيِّ آلَاء رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ




"Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?" 
(QS. Ar-Rahman [55] )




Menangis :(((

Sekadar nak kongsi, aku tahu tak semua dari family yang senang. Tapi kenapa berkira? So since then, paling aku tak boleh lupa bila aku treat patient dekat Hospital Raja Perempuan Zainab II, sorang makcik sambil treat dia sambil sembang gebang cakap kelatan padahal merapu. Makcik tanya "dah make ape je kat kelate ni ha?" "Tak banyak pun Cik, sini jarang jumpa nasi lemak kan pagi-pagi sejak dok sini tak pernah lagi makan nasi lemak" "Lah yeke nanti makcik datang makcik bawak ye" "Eh tak payah la Cik susah susah je". Nak balik tu Makcik cakap "Terima kasih la dik eh, letak kain panas kat lutut Acik, ajor eksesais sembang dengan Acik, nanti balik rumah Acik buat eksaises tu" Makcik pun balik terhenjut henjut sebab sakit lutut. Osteoarthritis.

Patient yang berumur ni, kadang balik rumah depa tak buat exercise pun so every week setiap kali datang physiotherapy ja depa akan buat. So, sakit lambat sembuh, so datang lagi terhenjut lagi. So, "Acik, balik ni buat tau eksesais, kalau dak nanti lutut Acik keras haaaa langsung tak boleh jalan Acik nak dok rumah nonggg tak buat apa? Buat eksesais okayyyy minggu depan saya nak tengok sakit tu kurang sikit, boleh? :)"

Aku jenis suka sembang sikit kalau treat patient, yelah student praktikal kan bukan ada banyak kerja nak buat.

Next two weeks, Makcik call "Adik dah balik kerja belum? Ni acik ada depan hospital nak bagi nasi lemak." Ya Allah. Pergi jumpa Makcik "Mintak maaf la dik, minggu lepas tak sempat bagi anak Acik kerja tak sempat singgah beli nasi lemak. Hari ni baru anak Acik tak busy, nah adik makan dengan kawan-kawan" Anak Makcik dalam umur 40-an angkat tangan senyum kat tempat driver kereta iswara lama. Nak menangis kat situ, tak sempat Makcik dah kena balik. "Acik buat eksesais adik ajar, rasa kuat sikit lutut ni, terima kasih makan tau nasi tu. Assalamualaikum"

Waalaikumussalam. Menangis :((((

Kindness apa ja yang aku buat, nothing. I did all that because i am a student that should complete that tasks for my assessment. It's all about Ikhlas, when you do it with your heart without expecting for any pulangan or ganjaran. In Sha Allah :)



**Giveaway ini adalah ditaja sepenuhnya oleh @loveaa.my_ dengan kolaborasi bersama blog www.bajuwarnacoklat.com. Sebarang pertanyaan mengenai produk Shade Dough [Lip Bait] by Hanis Zalikha, cara pembelian secara online atau cod boleh hubungi 013-264 7912**

Instagram: syuhadazlkfl




You Might Also Like

2 comment/s